Halaman

Perutusan Pengarah

Bismilahirohmanirrohim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sehati sejiwa,

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjangkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurni dan inayah-Nya kita telah berjaya menghasilkan Blog Bimbingan Dan Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau ini. Matlamat pembangunan halaman ini merupakan sebagai salah satu langkah strategik bagi meningkatkan imej Institusi dalam kalangan komuniti setempat dan antarabangsa. Selain menjadi rujukan kepada komuniti berkaitan aktiviti dan program yang sedang dan telah dilaksanakan.

Saya mengharapkan semoga halaman ini memberi manfaat kepada semua masyarakat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari institut ini. Penambahbaikan sentiasa dilakukan untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat kepada komuniti agar maklumat yang diterima dapat disampaikan dengan kadar segera sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.

Akhir kata, besarlah harapan saya agar penerbitan halaman dalam talian ini dijadikan sebagai pemangkin dan pencetus kepada usaha memartabatkan kecemerlangan dan kegemilangan dalam dunia pendidikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan